Bersyukur
kita kerana pada tahun ini buat pertama kalinya kita mengambil bahangian dalam
pertandingan PBS ( Project Based Learning). Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
terima kasih atas usaha PKG yang telah memberikan peluang kepada sekolah
sekolah tamil bagi masuk bertanding. Pertandingan seperti ini amat baik kerana
ianya memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka
kepada orang ramai.Seterusnya ia juga akan menjadi dorongan kepada mereka untuk
berusaha dengan lebih baik dan memberikan pengalaman baru kepada mereka.
Pertandingan sebegini ini juga turut akan menyuntik semangat kepada
pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan kemahiran bagi masuk ke pertandingan
ini pada tahun tahun yang akan datang.
Tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,
Abad ke 21 ini telah
menjanjikan pelbagai kemungkinan kepada kita. Kepesatan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisasi, “Dunia Tanpa Sempadan”. Untuk
menikmati kejayaan berterusan dalam persekitaran globalisasi yang mencabar ini,
kita perlu menyedia dan melengkapkan diri para pelajar dengan pelbagai ilmu
pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif, memiliki jati diri dan beretika
secara berterusan dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan generasi muda
untuk menangani perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan.
Tuan-tuan dan puan-puan
sekalian,
Memperkasakan pelbagai ilmu
pengetahuan, kebolehan berkomunikasi dan penerapan pelbagai kemahiran dalam
kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau
bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi
seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama
dan moral inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman kerana ia terkandung
nilai yang baik untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran.Dan
sememangnya menyertai pertandingan sebegini akan menjadikan pelajar berfikiran
matang dan lebih waras.
Saya
mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada peserta - peserta
pertandingan.Semoga Berjaya.
Sekian,
Terima kasih.